PENGUMUMAN : MedTechPreneur 1.0 Kini Dibuka!
PENGUMUMAN
π MedTechPreneur 1.0 Kini Dibuka! π
Adakah anda usahawan yang bakal mengubah industri peranti perubatan negara?
Peluang anda telah tiba!
Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) dengan sukacitanya memperkenalkan PROGRAM PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN SEKTOR PERANTI PERUBATAN - MEDTECHPRENEUR 1.0.
Platform eksklusif ini diwujudkan untuk mencungkil potensi, memperkasa inovasi dan melahirkan usahawan tempatan yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
πSelari dengan aspirasi Ekonomi MADANI dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).
Kriteria peserta:
- Warganegara Malaysia
- Pemilik/pengasas syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang disahkan berstatus PMKS oleh SME Corporation Malaysia
Mengapa anda perlu sertai?:
- Latihan dan bimbingan regulatori peranti perubatan percuma
- Sokongan dana pembangunan peranti perubatan inovatif dan berteknologi tinggi
- Peluang akses rangkaian pasaran global
Terma & Syarat:
- Terhad kepada 25 syarikat PMKS sahaja
- Hanya peserta yang terpilih layak menyertai program
- Terbuka untuk pembangunan peranti perubatan berinovatif & berteknologi tinggi
Tempat terhad - jangan lepaskan peluang!
π© Pendaftaran kini dibuka. Daftar di [email protected]
Tarikh muatnaik : 9 Oktober 2025
Disediakan oleh : Bahagian Hubungan Antarabangsa dan Industri
Dimuatnaik oleh : Bahagian Komunikasi Korporat