29 Ogos 2022 – Mesyuarat Anggota Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) telah berlangsung di Blok E7 Kementerian Kesihatan Malaysia yang dipengerusikan oleh Tan Sri Dato' Seri Dr. Haji Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia merangkap Pengerusi Mesyuarat Anggota MDA yang turut dihadiri oleh Encik Ahmad Shariff Bin Hambali, Ketua Eksekutif MDA, ahli-ahli lembaga, pengarah-pengarah bahagian serta pegawai-pegawai MDA yang lain.

Agenda mesyuarat ini adalah bagi membincangkan beberapa perkara seperti kewangan, pengurusan sumber manusia, kawalan regulatori Pihak Berkuasa Peranti Perubatan serta pemantauan dan penguatkuasaan fasa endemik. Mesyuarat kali ini juga merupakan mesyuarat yang pertama diadakan secara fizikal semenjak fasa endemik dilaksanakan.

 

WhatsApp Image 2022 09 01 at 12.21.09 PMWhatsApp Image 2022 09 01 at 12.21.10 PMWhatsApp Image 2022 09 01 at 12.21.10 PM 1WhatsApp Image 2022 09 01 at 12.21.11 PMWhatsApp Image 2022 09 01 at 12.21.11 PM 1WhatsApp Image 2022 09 01 at 12.21.12 PM