Kuala Lumpur, 20 September 2022 - MDA telah diundang ke Program Healthcare Trade Mission to Southeast Asia anjuran Foreign Commercial Service, US Embassy pada 20 September 2022 bertempat di Four Season Hotel, Kuala Lumpur.

Program ini diadakan bertujuan untuk melihat potensi pelaburan industri kesihatan di Asia Tenggara terutamanya pelaburan di Malaysia oleh syarikat-syarikat bertempat di US.

Puan Salbiah Bt Yaakop, Pengarah Bahagian DASAR, MDA telah diundang untuk memberikan penerangan berkenaan kawalan regulatori peranti perubatan di Malaysia. Turut hadir bersama pada program tersebut adalah En.Mohd Shahrezza Bin Sirun dan En. Luqman Hafifi Bin Che Yussof.

Program diteruskan pada sebelah petang dengan One-on-one Meeting with Industry. Dua syarikat iaitu Organon dan Thermo Fisher Scientific telah diaturkan untuk bertemu dengan MDA bagi membincangkan dan mendapatkan khidmat nasihat dari MDA bagi membolehkan pihak syarikat mematuhi keperluan regulatori yang ditetapkan.

Program ini dilihat membuka ruang dan peluang pelaburan industri kesihatan di Malaysia memandangkan Malaysia menawarkan fasiliti moden dan kawalan regulatori kesihatan yang baik dan matang.

Penulis: Mohd Shahrezza Bin Sirun

 

EDITED 2

EDITED 3EDITED 1