KURSUS MODUL PENGUKUHAN GOVERNANS, INTEGRITI DAN ANTI RASUAH (MPGIA) PIHAK BERKUASA PERANTI PERUBATAN (MDA) - PENGURUSAN TERTINGGI DAN TIMBALAN PENGARAH
Unit Integriti Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Masyarakat, Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menganjurkan kursus berfokus iaitu Kursus Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah (MPGIA) dengan kehadiran seramai 20 orang pegawai MDA yang terdiri daripada Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Timbalan Pengarah MDA.
Terdahulu, delegasi MDA telah dibawa melawat sekeliling fasiliti bangunan Ibu Pejabat SPRM termasuk konti radio MACC.fm, Padang Kayangan Aras 7 serta Sky Bride Aras 11.
Program telah diakhiri dengan taklimat isu rasuah dalam sektor awam dan kesalahan lazim dalam perolehan kerajaan yang disampaikan oleg PPj Muhammad Zaim Mohd Zuki, Penolong Pesuruhjaya, Bahagian Pendidikan Masyarakat, SPRM.
Disediakan oleh : Unit Integriti
Dimuatnaik oleh : Bahagian Komunikasi Korporat
Tarikh muatnaik : 19 Ogos 2025