PUTRAJAYA, 15 OKTOBER 2025 – Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaksanakan pra pelancaran International Medical Device Conference (IMDEC 2026) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

 

resized-IMG_0276

 

 

Persidangan antarabangsa itu dijangka menghimpunkan pakar dan pemain industri dari seluruh dunia bagi membincangkan perkembangan, piawaian dan inovasi terkini dalam sektor peranti perubatan.

 

 

resized-IMG_0311_-_MUHAMMAD_IZZUDIN_BIN_ABDUL_JALIL_MDA_1

 

 

 

Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, dalam ucapan perasmian menegaskan komitmen Malaysia untuk memperkukuh industri peranti perubatan selaras dengan piawaian global serta menjadikan negara sebagai hab serantau yang berdaya saing.

 

 

 

resized-IMG_0324_-_MUHAMMAD_IZZUDIN_BIN_ABDUL_JALIL_MDA

 

 

Majlis turut menyaksikan pertukaran MoU antara MDA dan UM, PERANTIM, MMDA dan AMMI serta penyerahan penyertaan MedTechPreneur 1.0 serta penyampaian plak penghargaan kepada penaja dan rakan strategik IMDEC 2026.

 

 

 

MDA menggalakkan semua pemain industri, usahawan dan penggiat teknologi kesihatan untuk menyertai pameran serta persidangan IMDEC 2026 bagi memperluas jaringan kerjasama dan meneroka peluang baharu dalam industri peranti perubatan.

 

 

 

 

Disediakan oleh : Bahagian Komunikasi Korporat

Tarikh kemaskini : 16/10/2025