Putrajaya, 2 Julai, 2019 –Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2018 Bagi Pegawai dan Kakitangan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (PBPP) telah berlangsung dengan meriahnya di Bangunan Putrajaya International Convention Centre (PICC). Majlis yang bermula dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Shafiq Bin Abdullah, Anggota Lembaga PBPP dan turut diserikan lagi dengan kehadiran Anggota-anggota Lembaga PBPP yang lain seperti Pn. Lee Lay Choo, YBhg. Datuk Veeramany A/L Selvam dan Encik Ir. Ismail Bin Ibrahim.

65756194 710257742756103 6164215059825295360 n         65800851 710257712756106 3152033076415037440 n     

   

                                                     65560610 710257779422766 5057878192145039360 n

Seramai lima pegawai PBPP telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) ini iaitu Pn. Salbiah Binti Yaakob, Bahagian Dasar, Kod dan Standard, Pn. Nashirah Binti Naiimi, Bahagian Penilaian Teknikal, Pn. Norfazlin Binti Rasidi, Bahagian Pendaftaran, Perlesenan dan Penguatkuasaan, En. Sunthara Murthi A/L Anamalai, Bahagian Bahagian Pendaftaran, Perlesenan dan Penguatkuasaan dan En. Ahmad Faizal Bin Azelan, Bahagian Sumber Manusia. 

IMG 20190702 103553          IMG 20190702 103559

Selain daripada itu, seramai tujuh orang pegawai dan kakitangan PBPP telah menerima Anugerah Prestasi Terbaik (APT) 2018 iaitu En.Fezri Bin Aziz, Bahagian Dasar, Kod dan Standard, En. Mohammad Haziq Bin Mohd Hashim, Bahagian Pendaftaran, Perlesenan dan Penguatkuasaan, En. Muhammad Syafiq Bin Idris, Bahagian Pendaftaran, Perlesenan dan Penguatkuasaan, Pn. Sharifah Nur Ilani Binti Syed Sheikh, Bahagian Pendaftaran, Perlesenan dan Penguatkuasaan, Pn. Ainie Norzila Binti Ismail, Bahagian Pengurusan Kewangan, Cik Nursyamsiah Binti Esa, Bahagian Pengurusan Kewangan dan Cik Nurhakimah Binti Shaharudin, Bahagian Dasar, Kod Dan Standard.

                                            66159711 710257879422756 2362272690435260416 n

Majlis telah diserikan dengan persembahan koir daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Syamsul Debat.

65774499 710257842756093 6389051241946677248 n        65630999 710258162756061 2612766242678767616 n