Cyberjaya, 5 Julai 2019 – Pihak Berkuasa Peranti Perubatan telah menerima Lawatan Kerja Penandaarasan dari Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (BKRP) yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Meranti, Aras 6,  Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (PBPP), Cyberjaya.

Lawatan Kerja Penandaarasan BKRP Gambar 01

Seramai lima (5) orang pegawai BKRP yang diketuai oleh En. Mohd Amin bin Yaakob telah menghadiri lawatan kerja ini dan diraikan oleh Ketua Eksekutif PBPP, En. Ahmad Shariff Bin Hambali dan pegawai-pegawai kanan PBPP. Selain itu, lawatan kerja ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada pihak MIMOS Berhad dan Jabatan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA).

Lawatan Kerja Penandaarasan BKRP Gambar 02

Tujuan Lawatan Kerja Penandaarasan BKRP ke PBPP adalah untuk berkongsi pengalaman dan pandangan dalam pelaksanaan projek IT bagi membangunkan sistem gantian BKRP yang lebih menyeluruh dan bersepadu serta menepati keperluan Revolusi Industri 4.0.

Lawatan Kerja Penandaarasan BKRP Gambar 03

Disamping itu, lawatan ini juga dapat mengenalpasti ruang dan peluang kerjasama yang boleh dibuat terutamanya berhubung pengawalan peranti perubatan yang menggunakan sinaran mengion dan tidak mengion.

Lawatan Kerja Penandaarasan BKRP Gambar 04