20 Oktober 2021 - Satu Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kelab Kebajikan dan Sosial MeDAC Tahun 2021 telah berlangsung dengan jayanya pada 20/20/2021 (Rabu) bertempat di Bilik Mesyuarat Meranti, Aras 6, PBPP. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh ahli-ahli Kelab MeDAC serta telah dirasmikan oleh Penaung Kelab merangkap Ketua Eksekutif PBPP, En. Ahmad Shariff bin Hambali.

Terdahulu, majlis telah dimulakan oleh bacaan doa dan seterusnya ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Kelab MeDAC Tahun 2018-2021, En. Mohd Zul Hirsham bin Junaidi sebelum pembentangan penyata kewangan Kelab dan juga pembentangan daripada Ketua-Ketua Biro Kelab MeDAC. Mesyuarat ini telah dihadiri seramai 60 orang pegawai dan kakitangan PBPP (ahli kelab MeDAC) secara fizikal dan dalam talian.

Kelab ini telah ditubuhkan adalah bertujuan sebagai platform utama para ahli untuk mengeratkan silaturrahim antara ahli disamping menyatupadukan hubungan antara pekerja PBPP dan juga sebagai platform kebajikan dan rekreasi jabatan.

Tahniah diucapkan kepada semua Ahli Majlis Tertinggi (MT) Baharu kelab MeDAC yang telah dilantik bagi sesi 2021-2024 dan Selamat Menjalankan Tugas!

Berikut merupakan Senarai MT Baharu Kelab MeDAC Sesi 2021-2024:

Pengerusi – En. Luqman Hafifi Che Yussof

Timbalan Pengerusi: Pn Norshafina Sahinin

Naib Pengerusi: E. Fadhullah Abdul Halim

Setiausaha: Pn Tengku Anis Shafinaz Tengku Abdul Rahman

Penolong Setiausaha : En. Ahmad Faizal Azelan

Bendahari: Pn. Nursyamsiah Esa

Penolong Bendahari: En Azhar Hassan

 

WhatsApp Image 2021 10 20 at 15.14.57WhatsApp Image 2021 10 20 at 15.14.57 1WhatsApp Image 2021 10 20 at 15.14.57 2WhatsApp Image 2021 10 20 at 15.14.57 3