25 Oktober 2021 – Satu majlis telah diadakan sempena persaraan Encik Yusuf Bin Mohd Johari yang juga merupakan Pengarah Bahagian Pendaftaran, Perlesenan dan Penguatkuasaan PBPP.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ketua Eksekutif, Encik Ahmad Shariff Bin Hambali serta pegawai-pegawai PBPP yang lain.

Sehubungan dengan itu, seluruh warga kerja Pihak Berkuasa Peranti Perubatan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Yusuf atas segala jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan untuk PBPP dan Kementerian Kesihatan Malaysia umumnya.

Didoakan agar Encik Yusuf sentiasa diberikan kesihatan yang berpanjangan dan berbahagia disamping keluarga yang tercinta.

“Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan,
Walau jauh di negeri satu,
Hilang di mata, di hati jangan…”

 

DSC 0089DSC 0074DSC 0091DSC 0095DSC 0054DSC 0100