22 Oktober 2021 - Satu taklimat pengenalan Akta 737 dan aktiviti Cawangan Pemantauan, Pematuhan dan Penguatkuasaan telah diberikan kepada dua orang pelajar dari Universiti Malaya (UM) di bawah Program Latihan Industri yang bertempat di pejabat PBPP.

Objektif utama taklimat ini adalah untuk memberi pendedahan mengenai kawalan Peranti Perubatan di bawah akta 737 dan fungsi serta skop Pihak Berkuasa Peranti Perubatan.

Pembentangan tentang Pengenalan Akta 737 telah disampaikan oleh Encik Mohd Zul Hirsham Bin Junaidi, manakala pembentangan berkenaan dengan Kawalan Prapasaran telah disampaikan oleh Puan Nur Syafura Bt Ariffin.

Selain itu, Kawalan Pascapasaran telah dibentangkan oleh Encik Mohd Hasbullah Bin Zulkefly, manakala pembentangan tentang Penguatkuasaan Akta 737 telah disampaikan oleh Cik Nur Hazreen Abd Razak. Akhir sekali, perkara yang berkaitan dengan Kawalan Pengiklanan Peranti Perubatan telah dibentangkan oleh Cik Nur Farahna Bt Talib.

 

WhatsApp Image 2021 10 22 at 11.21.59WhatsApp Image 2021 10 22 at 11.22.00 1WhatsApp Image 2021 10 22 at 11.22.00