Medical Device Authority (MDA) telah menjalankan Program Kepimpinan dan Bina Pasukan (Team Bulding) selama 3 hari bermula pada 7 Disember 2021 sehingga 9 Disember 2021. Program ini telah disertai seramai 120 orang pekhidmat MDA dari pelbagai peringkat. Turut hadir memberikan sokongan adalah YBrs. En. Ahmad Shariff Bin Hambali, Ketua Eksekutif MDA. Beliau telah menyertai dalam semua acara yang dianjurkan.

 

Terdapat 12 Objektif program yang disenaraikan seperti berikut:
1) memperkasakan semangat kerja berpasukan bagi mendepani cabaran tugasan organisasi;
2) memantapkan kualiti kepimpinan dalam pasukan serta semangat kekitaan dalam semua bentuk tindakan bagi mencapai matlamat MDA;
3) mewujudkan interaksi positif dalam kalangan staf bagi membentuk semangat kerja secara kolaborasi;
4) meningkatkan motivasi dalam kalangan staf melalui pengiktirafan dan penghargaan yang diberikan; 5) membolehkan peserta mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan memberi maklum balas;
6) membolehkan peserta berinteraksi, membina hubungan baik dan bekerja secara efektif dengan orang lain untuk mencapai objektif yang sama;
7) mewujudkan perasaan bertanggungjawab peserta terhadap keputusan kumpulan;
8) menjana idea dalam kalangan staf untuk penambahbaikan pengurusan di MDA;
9) membangunkan nilai yang berkaitan dengan moral, etika dan sikap yang positif serta kerohanian yang tinggi mengikut pegangan agama masing-masing;
10) mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan kakitangan MDA seterusnya mewujudkan satu pasukan kerja yang benar-benar akrab dan saling bekerjasama dalam melaksanakan kerja dan tanggungjawab yang telah diamanahkan;
11) menerapkan budaya kepimpinan dan kerja berpasukan;
12) dan meningkatkan motivasi dalam kalangan kakitangan seterusnya meningkatkan produktiviti di MDA khasnya. Selain itu penekanan terhadap semangat kerja berpasukan akan dapat melahirkan sebuah organisasi yang benar-benar mantap dan lebih berdaya maju.

Program Team Building pada tahun ini benar-benar memberikan kejutan kepada peserta kerana aktiviti-aktiviti dan tempat adalah dirahsiakan oleh pihak urusetia dan penganjur. Setiap aktiviti ini "disimbolikkan" pada pakaian sukan peserta. Peserta hanya mengetahui aktiviti yang dibuat setelah sampai ke destinasi tersebut. Pihak penganjur telah menyediakan aktiviti-aktiviti yang sangat padat dan mencabar minda dan tenaga kakitangan MDA. Antara aktiviti-aktiviti yang disediakan adalah seperti memasang khemah, menghias khemah, memasak, hiking, membina rakit dan bermacam-macam lagi.

Kesimpulannya, program ini berjaya memberikan semangat yang baru dan positif kepada kakitangan MDA kerana setiap pengalaman yang dilalui bersama cukup meninggalkan kesan pada mental,fizikal dan rohani. MDA – WE ARE THE BEST!

 

 

PIC 1 TB

 

 

PIC 2 TB

 

 

PIC 4 TB

 

 

PIC 5 TB

 

 

PIC 6 TB

 

 

PIC 3 TB

 

 

PI 7 TB