21 Disember 2021 – Pada hari ini, sukarelawan Medical Device Authority Club (MeDAC) telah berkunjung ke rumah salah seorang daripada pegawai MDA yang turut terjejas oleh banjir.

Di kesempatan ini, pihak MDA ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sukarelawan MeDAC yang telah bersama-sama membantu membersihkan rumah Puan Fazlin yang turut terjejas oleh banjir.
Walaupun sibuk dengan tugasan dan kerja masing-masing, namun begitu yang susah tetap tidak dilupakan, ibarat “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.

Oleh yang demikian, didoakan agar Puan Fazlin sentiasa dipermudahkan dalam segala urusan khususnya dalam menghadapi pasca banjir ini.

 

315

45

1213