Mesyuarat MICC Bil 1/2022 telah diadakan pada 22 Mac 2022 yang telah di pengerusikan oleh Ketua Eksekutif PBPP, Encik Ahmad Shariff Bin Hambali.

Mesyuarat ini dihadiri oleh wakil persatuan industri peranti perubatan di Malaysia. Antara wakil persatuan yang hadir ialah Association of Malaysia Medical Industries (AMMI), Malaysia Medical Device Association (MMDA) dan Malaysia Rubber Glove Manufacturers Association (MARGMA).

Mesyuarat MICC ini adalah penting bagi mewujudkan kerjasama antara PBPP dan Industri peranti perubatan di Malaysia selain daripada membincangkan isu-isu yang dihadapi oleh industri peranti perubatan terhadap penguatkuasaan Akta 737, Peraturan-Peraturan dibawah Akta 737 dan penetapan polisi yang berkaitan.

 

WhatsApp Image 2022 03 22 at 16.29.27 edited