Mesyuarat Jawatankuasa Inovasi MDA Bil 1/2022 telah diadakan secara hybrid pada 29 Mac 2022 yang telah di pengerusikan oleh Encik Ahmad Shariff Bin Hambali, Ketua Eksekutif MDA.

Mesyuarat ini dihadiri oleh pegawai - pegawai dari MDA dan wakil dari Bahagian Perkembangan Perubatan (KKM), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Malaysian Medical Association (MMA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Kuala Lumpur (UNIKL), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Persatuan Pengilang-Pengilang Peranti Perubatan Malaysia (PERANTIM) dan Malaysia Medical Device Association (MMDA).

Mesyuarat Jawatankuasa Inovasi ini adalah penting bagi mewujudkan kerjasama antara MDA dan Industri peranti perubatan di Malaysia berkaitan peranti perubatan Inovasi disamping membantu industri peranti perubatan dalam memenuhi keperluan regulatori di Malaysia, sekaligus menggalakkan penembusan peranti perubatan di peringkat global.

 

IMG 5518 EDITEDIMG 5520 EDITEDIMG 5523 EDITED

IMG 5529 EDITEDIMG 5531 EDITEDIMG 5535