Satu mesyuarat telah diadakan pada 14 April 2022 yang dipengerusikan oleh Puan Salbiah Bt Yaakop, Pengarah Bahagian Dasar, Hubungan Antarabangsa & Fasilitasi Industri (DASAR). Mesyuarat ini diadakan untuk meneliti isu-isu yang telah dibangkitkan oleh industri peranti perubatan dan membincangkan langkah-langkah yang perlu dipertimbangkan bagi mendapatkan jalan penyelesaian yang terbaik.
Hal Ini bagi memastikan supaya tidak berlaku gangguan semasa kemasukan peranti perubatan di pintu-pintu masuk utama Kastam diRaja Malaysia. Dengan cara ini, sesi penglibatan antara MDA dengan pihak berkepentingan secara berterusan membolehkan suatu keputusan yang realistik dan praktikal dapat dicapai.



