Johor Bahru – 29 Jun 2022 : Baru-baru ini, Program Promosi Kesedaran kepada Pengguna Akta Peranti Perubatan 2012 telah diadakan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor.

Program ini diadakan bagi memberi penerangan dan pendedahan kepada pengguna khususnya isu-isu yang berkaitan dengan Akta 737 (Akta Peranti Perubatan) dan Akta Pihak Berkuasa Peranti Perubatan 2012 (Akta 738) dan juga kawalan peranti perubatan terhadap pengurusan penyelenggaraan, penggunaan serta pelupusan peranti perubatan di hospital-hospital kerajaan termasuk pusat perubatan swasta di Malaysia.

Seramai 4 orang pegawai daripada MDA telah membentangkan topik masing-masing sepanjang program tersebut. Selain itu, program ini juga turut dihadiri oleh pengarah-pengarah hospital dan klinik, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua pengurusan dan professional, jurutera operasi di hospital, klinik kerajaan dan swasta, kolej-kolej kejururawatan dan pendidikan perubatan serta pergigian.

 

IMG 7696IMG 7715

IMG 7719IMG 7721

IMG 7733IMG 7735 EDITED