Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan kerjasama di antara MATRADE dan MDA terutama di dalam penganjuran program kolaborasi serta aktiviti pembangunan pengeksport Malaysia serta meninjau peluang bagi memperkukuhkan usahasama di antara MATRADE dan MDA untuk bersama-sama memacu dan merancakkan aktiviti eksport negara. Selain itu, MDA turut membuat perkongsian berkenaan proses pengeluaran Sijil Jualan Bebas (CFS) oleh MDA.