Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) mempelawa syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) di bawah kod bidang 221304 dan 221511 untuk menyertai Sebut Harga MDA/SH/02/2026 bagi Perkhidmatan Penyediaan, Pemasangan dan Pengendalian Sistem Audio Visual bagi Program International Medical Device Exhibition and Conference (IMDEC) 2026.
Dokumen Sebut Harga boleh diperoleh mulai 5 Jun 2026 (Jumaat) hingga 18 Jun 2026 (Khamis) dengan bayaran sebanyak RM10.00 senaskhah. Tiada sesi taklimat akan diadakan bagi sebut harga ini.
Cadangan Sebut Harga yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada MDA selewat-lewatnya pada 18 Jun 2026 (Khamis), sebelum jam 12.00 tengah hari.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk dokumen kenyataan sebut harga yang dilampirkan : KENYATAAN SEBUT HARGA
Disediakan oleh : MOHD RAMZUZAMAN BIN ROZLAN, BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
Dimuatnaik oleh : WAN NURHALIMAH BINTI WAN ABDULLAH, BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT
Tarikh muatnaik: 5 JUN 2026