9 Ogos 2022, Cyberjaya – Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) telah menerima kunjungan dari Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs Encik Ahmad Shariff Bin Hambali, Ketua Eksekutif dan turut hadir adalah pegawai-pegawai MDA dari Bahagian Dasar, Hubungan Antarabangsa dan Fasilitasi Industri.

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan berkenaan halatuju proses pembangunan penilaian kompetensi bagi Biomedical Technical Personnel (BTP). Beberapa isu berkaitan pembangunan kompetensi ini telah dibincangkan semasa mesyuarat ini.

MDA dan Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan ingin bekerjasama bagi membangunkan Kompetensi bagi BTP selaras dengan Sub-Seksyen 43(2)(b), Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737), seseorang yang memasang, menguji, mentauliahkan, menyelenggarakan dan melupuskan sesuatu peranti perubatan, hendaklah mempunyai kelayakan dan kompetensi sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.

 

WhatsApp Image 2022 08 11 at 8.41.49 AMWhatsApp Image 2022 08 11 at 8.41.50 AM 1WhatsApp Image 2022 08 11 at 8.41.50 AM