18 Ogos 2022 – Mesyuarat Ahli Pekerja telah berlangsung buat kali yang ke-2 di Bilik Mesyuarat Meranti, Aras 6 yang dipengerusikan oleh Encik Ahmad Farhan Bin Mohd Yunus, selaku Pengerusi Ahli Pekerja dan dihadiri oleh pegawai-pegawai dan juga kaki tangan MDA.

Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan kebajikan pekerja serta membincangkan dan mengumpul pandangan dari pihak pekerja untuk memperbaiki serta menaik taraf segala keperluan organisasi di masa hadapan.

Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa perkara yang telah dibangkitkan dalam mesyuarat tersebut, dan akan dibawa ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Majlis Bersama Jabatan (MBJ) untuk pertimbangan dan kelulusan.

 

IMG 9030IMG 9017IMG 9019

IMG 9013IMG 9033IMG 9036