24 & 25 Ogos 2022 – Kursus Penulisan Dokumen Rasmi: Memo, Surat, Laporan dan Minit Mesyuarat telah diadakan di Bilik Mesyuarat Meranti Aras 6, MDA baru-baru ini. Kursus yang berlangsung selama dua hari itu telah dihadiri oleh pegawai-pegawai dan kakitangan sokongan MDA. Penceramah jemputan bagi kursus tersebut ialah Encik Abd. Karim A. Bakar yang merupakan Munysi Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kursus ini memberikan pendedahan tentang kaedah penulisan memo, surat rasmi, laporan dan minit mesyuarat dengan cara yang efektif dan bersesuaian selaras dengan format yang biasa digunakan dalam perkhidmatan awam. Selain itu, pegawai dan kakitangan MDA juga turut diberi pendedahan tentang penggunaan ejaan dan frasa yang betul dalam penulisan rasmi dokumen-dokumen kerajaan.

 

WhatsApp Image 2022 08 26 at 8.34.08 AMIMG 9156IMG 9084IMG 9093IMG 9087IMG 9138IMG 9139IMG 9111IMG 9119