1 September 2022 – Baru-baru ini telah berlangsung Kursus Kesejahteraan Psikologi dalam Penjawat Awam yang bertempat di Bilik Mesyuarat Meranti, Aras 6 MDA. Kursus ini turut dihadiri oleh para pegawai dan juga kakitangan sokongan MDA.

Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi pendedahan tentang kepentingan dalam pengurusan mental dan emosi bagi mengelakkan diri daripada kemurungan khususnya ketika berada di tempat kerja. Kursus ini dikendalikan oleh penceramah jemputan iaitu YBrs. Dr. Ahmad Badruddin Abdullah, Perunding Latihan Kanan (Pegawai Psikologi), Sub Kluster Etika, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara.

Selain itu, melalui kursus ini beliau juga menekankan kepentingan untuk melihat kepada faktor utama yang menyumbang kepada masalah mental dan emosi iaitu berkaitan krisis kewangan, tiada pekerjaan, tekanan pekerjaan, masalah keluarga dan persekitaran. Hal ini akan memberi impak kepada kehidupan seseorang sehingga mengganggu kesejahteraan mental dan emosi yang seterusnya mampu mempengaruhi kualiti kerja harian.

Sepanjang kursus, penceramah jemputan telah memberi pendedahan kepada para pegawai dan kakitangan MDA tentang faktor yang menyumbang kepada masalah kesihatan mental dan emosi seseorang serta kesan yang terjadi akibat gangguan tersebut. Penceramah turut berkongsi kaedah penyelesaian terbaik bagi menangani masalah kesihatan mental dan emosi ini dengan rujukan kepada pakar, sokongan daripada orang sekeliling dan pengurusan secara kendiri.

 

IMG 9193IMG 9176IMG 9178

IMG 9196IMG 9189IMG 9190