6 September 2022 – Pihak Medical Device Authority (MDA) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri Melaka telah melakukan satu pemeriksaan bersepadu yang berkaitan dengan penjualan peranti perubatan di 11 buah premis di sekitar Melaka. Seramai 4 orang pegawai KPDNHEP dan 4 orang pegawai daripada pihak MDA turut terlibat dalam siri pemeriksaan tersebut. Antara peranti perubatan yang diperiksa adalah Kit Ujian Kendiri Covid-19, Pelitup Muka Perubatan, Sarung Tangan Pemeriksaan, Kondom, Kit Pertolongan Cemas, Alat Tekanan Darah dan Oximeter.


Hasil daripada pemeriksaan tersebut mendapati bahawa terdapat 3 premis yang diperiksa telah melanggar Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737), di bawah Seksyen 5, iaitu meletakkan Peranti Perubatan yang tidak berdaftar di pasaran. Sehubungan dengan itu, Pihak MDA telah mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas premis-premis tersebut.

Oleh itu, orang awam dinasihatkan agar membeli peranti perubatan yang berdaftar dengan MDA sahaja. Hal ini bagi memastikan peranti perubatan tersebut selamat untuk digunakan dan tidak menjejaskan kesihatan. Untuk menyemak peranti perubatan yang berdaftar seperti Kit Ujian Kendiri Covid-19, orang awam boleh melayari portal mdar.mda.gov.my

 

IMG 9364IMG 93912IMG 9381IMG 9385IMG 9508IMG 9406IMG 9585IMG 9387IMG 9391IMG 9431