Sungai Petani – 20 September 2022: Baru-baru ini, Program Promosi Kesedaran kepada Pengguna Akta Peranti Perubatan 2012 telah diadakan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani Kedah.


Program ini diadakan bagi memberi penerangan dan pendedahan kepada pengguna khususnya isu-isu yang berkaitan dengan Akta 737 (Akta Peranti Perubatan) dan Akta Pihak Berkuasa Peranti Perubatan 2012 (Akta 738) dan juga kawalan peranti perubatan terhadap pengurusan penyelenggaraan, penggunaan serta pelupusan peranti perubatan di hospital-hospital kerajaan termasuk pusat perubatan swasta di Malaysia.


Seramai 4 orang pegawai daripada MDA telah membentangkan topik masing-masing sepanjang program tersebut. Selain itu, program ini juga turut dihadiri oleh pengarah-pengarah hospital Kedah dan Kulim, kakitangan Jabatan kesihatan Negeri Perlis (JKN), Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah, Pejabat Kesihatan Daerah serta Klinik Kesihatan dari negeri Kedah dan Perlis.

 

WhatsApp Image 2022 09 21 at 11.16.43 AMWhatsApp Image 2022 09 21 at 9.32.22 AM 1WhatsApp Image 2022 09 21 at 9.32.22 AM 2WhatsApp Image 2022 09 21 at 9.32.23 AM 11WhatsApp Image 2022 09 21 at 9.35.52 AM 6WhatsApp Image 2022 09 21 at 9.32.22 AM 9WhatsApp Image 2022 09 21 at 9.32.22 AM 11WhatsApp Image 2022 09 21 at 9.32.23 AM 9WhatsApp Image 2022 09 21 at 9.35.52 AMWhatsApp Image 2022 09 21 at 11.16.42 AM