6 – 9 Oktober 2022 – Baru-baru ini Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) telah terlibat dalam Selangor International Business Summit 2022 (SIBS 2022) kali ke-6 yang telah diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

 

Melalui program ini, terdapat 6 komponen utama telah dijalankan dan salah satu komponen bagi industri peranti perubatan adalah Selangor International Expo (SIE) Medic 2022.

 

Melalui SIE Medic 2022, pelbagai pameran perdagangan telah diadakan dalam mengetengahkan industri peranti perubatan dan sambutan oleh pemain industri peranti perubatan amat menggalakkan. MDA turut terlibat dalam pameran SIE Medic 2022 bagi menyalurkan informasi berkenaan regulatori peranti perubatan kepada yang datang berkunjung.

 

Program ini telah mengumpulkan pemain industri bagi mempamerkan produk, perkhidmatan dan teknologi berkaitan industri peranti perubatan sekaligus memberikan peluang berinteraksi dan bertukar idea dan pandangan dalam meneroka teknologi terkini, inovasi, dan trend perniagaan semasa dalam bidang sains hayat perubatan dan bioteknologi, perubatan, penjagaan kesihatan serta banyak lagi.

 

Pada 6 Oktober 2022, turut diadakan “Medical Device Authority Industry Dialogue 2022” dengan sesi ceramah dan sesi dialog yang disampaikan oleh penceramah dan ahli panel yang terdiri daripada pegawai - pegawai MDA. Sesi dialog diketuai oleh YBrs. Encik Ahmad Shariff Bin Hambali, Ketua Eksekutif MDA selaku moderator dan sesi dialog tersebut telah berlangsung dengan lancar.

 

MDA ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penganjuran SIBS 2022. Diharap inisiatif ini dapat diteruskan pada masa akan datang agar ia dapat dimanfaatkan kepada semua yang terlibat dalam industri peranti perubatan bukan sahaja kepada pemain industri, pihak berkepentingan malah kepada orang awam.

 

IMG 0543IMG 0513IMG 0268

IMG 0452IMG 0544IMG 0547

IMG 0548IMG 0549IMG 0551

IMG 0552IMG 0248IMG 0501