14 Oktober 2022 – Baru – baru ini telah berlangsung satu Program Sambutan Maulidur Rasul dan Kempen Kesedaran Hari Kesihatan Mental Sedunia Tahun 2022 di Bilik Mesyuarat Meranti, Aras 6 Medical Device Authority (MDA).

Program didahulukan dengan majlis bacaan yasin dan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W yang dipimpin oleh Encik Ahmad Firdaus bin Surmazalan dari Unit Undang-Undang MDA. Seterusnya, program diteruskan lagi dengan Ceramah Khas ‘Kesihatan Mental’ yang disampaikan oleh Puan Tengku Teh Mariah binti Tengku Jewa, Pegawai Unit Psikologi dan Kaunseling Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tujuan program ini diadakan untuk mengetahui faktor-faktor masalah kesihatan mental dan langkah-langkah pencegahan atau rawatan bagi mengelak daripada berlakunya masalah tekanan jiwa, kemurungan, anziety dan stres yang membimbangkan dalam kalangan warga MDA.

 

IMG 0821IMG 0828IMG 0834IMG 0853IMG 0855IMG 0823IMG 0876IMG 0895IMG 0859IMG 0902