20 Oktober 2022 - YBrs Encik Ahmad Shariff Bin Hambali, Ketua Eksekutif MDA telah menjadi ahli panel secara dalam talian bagi sidang kemuncak G-20 International Standards Summit 2022 yang telah diadakan di Indonesia. Sidang kemuncak tersebut telah dianjurkan oleh Badan Standardisasi Nasional (BSN) Indonesia, bersama IEC, ISO, ITU dan WTO, yang bertujuan mewujudkan rangka kerja badan standard antarabangsa dalam membantu institusi kerajaan dan pihak berkuasa di seluruh dunia dalam menetapkan keperluan dan peranan standard dalam menambahbaik dasar sebagai tindakan tepat untuk melaksanakan sesuatu matlamat yang berkaitan dengan kesihatan, transformasi digital, peralihan tenaga mampan dan Sustainable Development Goals (SDG).

 

Melalui sidang kemuncak tersebut, pelbagai topik dan sesi menarik telah dibincangkan seperti sesi ‘Better Health’, ‘Accelerating Digital Transformation’, ‘Energy Transition and Security’ dan ‘How to reach net zero and the SDGs’. YBrs Encik Ahmad Shariff selaku ahli panel telah memberikan perkongsian bagi sesi ‘Better Health’, seperti pendekatan perkhidmatan peranti perubatan dan peranan standard merujuk kepada pengurusan organisasi kesihatan.

 

Rakaman video tersebut juga telah disediakan di laman sesawang World Standards Cooperation bagi menyaksikan sidang kemuncak G-20 International Standards Summit 2022. Sila rujuk pautan yang tertera untuk menonton: https://www.facebook.com/watch/live/?ref=watch_permalink&v=505563028126824

 

Penulis: Muhammad Marwan Bin Anoor