Kota Kinabalu – 2 Disember 2022: Baru-baru ini, Program Jelajah Peranti Perubatan Fasa Endemik telah diadakan di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian, Kota Kinabalu, Sabah.

Objektif Program jelajah ini adalah untuk menerangkan isu-isu semasa berkaitan peranti perubatan bagi fasa endemic, memberikan penerangan yang jelas mengenai penggunaan kit ujian kendiri Covid-19 beserta peranti-peranti perubatan mengikut instruction of use, meningkatkan kesedaran orang awam mengenai pemilihan peranti perubatan yang berdaftar dengan MDA, memberikan kesedaran kepada orang awam mengenai peranan dan tanggungjawab sebagai pengguna peranti perubatan dari penggunaan dan keselamatan, memberikan penerangan tentang peranan MDA berhubung kawalan regulatori peranti perubatan di Malaysia dan menyediakan panduan kesihatan dan keselamatan orang awam sepanjang fasa endemik.

Di samping itu, seramai 3 orang pegawai MDA yang telah menyampaikan ceramah dan MDA turut menjemput seorang penceramah luar iaitu pegawai daripada Jabatan kesihatan Negeri (JKN) Sabah. Selain itu, program ini juga dirasmikan oleh YBhg. Datuk Dr. Rose Nani binti Mudin, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah serta turut dihadiri pegawai-pegawai kanan MDA, kakitangan Jabatan kesihatan Negeri Sabah (JKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Hospital, agensi kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Badan Swasta, Pelajar UiTM dan Politeknik, Farmasi, Peruncit, serta orang awam.