2 DISEMBER 2022, Kota Kinabalu : Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) telah melakukan lawatan pendidikan di farmasi-farmasi sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Lawatan ini bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada pengedar mengenai peranti perubatan yang telah berdaftar sahaja boleh dijual kepada orang awam.

Selain itu, lawatan ini juga turut dihadiri oleh ahli-ahli lembaga MDA iaitu Dato’ Mohamed Suffian bin Awang, Encik Hasan Addly bin Mohd Isa, Ketua Eksekutif MDA iaitu Encik Ahmad Shariff bin Hambali, pengarah-pengarah bahagian MDA, Puan Aidahwaty M. Olaybal dan Puan Idamazura Bt Idris @ Harun yang turut bersama-sama menyertai lawatan ini serta diiringi oleh pegawai-pegawai MDA.

Sebagai tanda peringatan dari pihak MDA, farmasi yang telah dilawati menerima poster kesedaran berkaitan pembelian peranti perubatan berdaftar dengan MDA dan dipamerkan untuk saluran kepada orang awam.

MDA akan berterusan untuk memantau dan memberikan informasi berkaitan isu-isu keselamatan dan keberkesanan peranti perubatan kepada orang awam dari semasa ke semasa.