6 Disember 2022 – Baru-baru ini telah berlangsung Majlis Makan Malam Rasmi Sedekad MDA di Zenith Hotel, Putrajaya. Majlis makan malam ini diadakan bagi meraikan ulang tahun penubuhan MDA yang ke-10. Selain itu, majlis ini juga turut dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Shamsul Najmi Bin Shamsuddin, selaku wakil pengerusi, yang juga merupakan anggota Lembaga MDA.

Selain daripada jamuan makan malam, terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan sepanjang majlis tersebut seperti Red Carpet Session, Wall of Fame, cabutan bertuah, persembahan dari kumpulan Pentarama, persembahan khas daripada kakitangan MDA dan penyampaian hadiah bagi pemenang futsal dan bola jaring MeDAC. Selain itu, seramai 20 orang kakitangan dan staf telah menerima anugerah khas iaitu Penghargaan Sedekad Setia Berkhidmat di atas komitmen dan kesetiaan mereka dari awal penubuhan MDA sehingga kini.

Antara penerima anugerah khas tersebut ialah En. Ahmad Shariff bin Hambali, Pn. Idamazura bt Idris @ Harun, Pn. Aidahwaty Ariffin @ Aidahwaty M.Olaybal, Pn. Norlela bt Hatta @ Antah, En. Muhd Radhuan bin Abdul Halim, En. Mohd Zul Hirsham bin Junaidi, Pn. Mariammah a/p Krishnasamy, En. Dery Akmal bin Abdul Rahman, Pn. Suhaida bt Rasul, Cik Zahroh Hasanah Agustini Ninaya Sekarwani bt Darwis Harahap, Pn. Nashirah bt Naiimi, Pn. Nur Syafura bt Ariffin, En. Syahmi bin Sapit, Pn. Wan Husniati bt Wan Abdullah, Pn. Norhafizah bt Mohd Salleh, Pn. Noormaslinda bt Abd Salam, Pn. Nurul Aini bt Hj Surip, Pn. Nor Asnida bt Mohd Mokhlas, En. Asmadi bin Abdul Kadir dan En. Rozman bin Radzuan.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat, semoga momentum ini terus kekal dan bertambah sukses dari tahun ke tahun demi pembangunan dan kemajuan MDA.

Penulis: Herman Sah Bin Ab Hassan

 

 O3A1295 O3A1354 O3A1148

 O3A1926 O3A1156 O3A1413

 O3A1160 O3A2020 O3A1158