16 DISEMBER 2022 – Satu majlis bacaan Yasin anjuran Medical Device Authority Club (MeDAC) telah berlangsung di bilik Meranti pada 16 Disember 2022 (Jumaat), jam 9.30 pagi. Tujuan majlis diadakan adalah untuk mengajak seluruh warga MDA bermunajat dan memohon kerahmatan serta perlindungan Allah SWT agar dipelihara dan dipermudahkan segala urusan dalam kalangan warga MDA.

Seterusnya, majlis juga diteruskan lagi dengan sambutan ulangtahun kelahiran ahli-ahli MeDAC bagi bulan kelahiran September hingga Disember bagi tahun 2022. Diharapkan agar semua warga MDA sentiasa dilimpahi berkah dalam usia-usia yang telah dilalui dan dimurahkan rezeki selalu.

 

IMG 3111IMG 3114IMG 3116IMG 3118IMG 3132IMG 3142IMG 3137IMG 3146