19 Disember 2022 – Satu Mesyuarat Anggota Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) telah berlangsung di Blok E7 Kementerian Kesihatan Malaysia yang dipengerusikan oleh Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia merangkap Pengerusi Mesyuarat Anggota MDA yang turut dihadiri oleh Encik Ahmad Shariff Bin Hambali, Ketua Eksekutif MDA, ahli-ahli lembaga, serta pegawai-pegawai MDA yang lain.


Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan beberapa perkara seperti Laporan Kedudukan Kewangan MDA, maklumbalas perkara-perkara berbangkit daripada Mesyuarat Bilangan 5/2022, serta isu-isu yang berkaitan.

IMG 3184IMG 3182IMG 3196IMG 3209IMG 3223IMG 3224