19 Disember 2022 – Satu Pemeriksaan Bersepadu telah diadakan di sekitar Kota Kinabalu, Sabah dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Malaysia (KPDN). Tujuan pemeriksaan ini adalah untuk memupuk kesedaran awam terhadap tanggungjawab pengguna dan peruncit bagi memastikan hanya peranti perubatan berdaftar sahaja diletakkan dalam pasaran.

Antara peranti perubatan yang dipantau ialah kit ujian COVID-19, alat pengukur tekanan darah, kondom, pelitup muka perubatan, pembalut luka, peti pertolongan cemas dan lain-lain. Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 1 daripada 8 premis gagal memenuhi keperluan Akta 737 dengan menjual peranti perubatan tidak berdaftar. Tindakan yang sewajarnya telah diambil kepada premis tersebut.

Sehubungan dengan itu, orang awam dinasihatkan untuk lebih peka dan memastikan peranti perubatan yang hendak dibeli adalah berdaftar. Semakan pendaftaran peranti perubatan boleh dibuat melalui pautan yang berikut https://mdar.mda.gov.my/

Penulis: Zahroh Hasanah

 

WhatsApp Image 2022 12 20 at 2.05.10 PM

WhatsApp Image 2022 12 20 at 2.05.10 PM editedWhatsApp Image 2022 12 20 at 2.05.11 PM 1WhatsApp Image 2022 12 20 at 2.05.11 PM edited

WhatsApp Image 2022 12 20 at 2.05.12 PM 1 editedWhatsApp Image 2022 12 20 at 2.05.12 PM editedWhatsApp Image 2022 12 20 at 2.05.13 PM edited