22 Disember 2022 – Satu pemeriksaan bersepadu telah diadakan di sekitar Ipoh dengan kerjasama KPDN Perak. Tujuan pemeriksaan ini adalah untuk memberi kesedaran awam terhadap tanggungjawab pengguna dan peruncit bagi memastikan hanya peranti perubatan berdaftar sahaja diletakkan dalam pasaran.

Peranti perubatan yang dipantau ialah kit ujian COVID-19, alat pengukur tekanan darah, kondom, pelitup muka perubatan, oximeter, termometer, UPT, pembalut luka, peti pertolongan cemas dan lain-lain.

Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 1 daripada 12 premis yang diperiksa gagal memenuhi keperluan Akta 737 dengan menjual peranti perubatan tidak berdaftar. Tindakan yang sewajarnya telah diambil kepada premis tersebut.

Sehubungan dengan itu, orang awam dinasihatkan untuk lebih peka dan memastikan peranti perubatan yang hendak dibeli adalah berdaftar. Semakan pendaftaran peranti perubatan boleh dibuat melalui pautan yang berikut https://mdar.mda.gov.my/

Penulis: Muhamad Izham Bin Muhamad Noor

 

P7P6P5

P4P3P2