22 Disember 2022 – MDA telah menganjurkan sesi dialog bersama Malaysian Organisation of Pharmaceutical (MOPI) bertempat di Pejabat MDA, Cyberjaya. Seramai 9 orang pewakilan dari MOPI telah hadir ke sesi dialog ini diketuai oleh En. Peter Rayar dan sesi dialog ini telah dipengerusikan oleh Ketua Eksekutif MDA.

Objektif utama penganjuran sesi dialog ini adalah untuk menyediakan satu platform yang membolehkan MDA dan MOPI untuk berbincang berkenaan cadangan-cadangan dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh ahli-ahli dibawah MOPI dalam usaha untuk mematuhi keperluan Akta Peranti Perubatan (Akta 737). Antara perkara-perkara yang dibincangkan adalah berkenaan keperluan lesen establishmen, penilaian pematuhan, pendaftaran peranti perubatan, pasca pasaran, dan permit import. Pengerusi turut mengundang wakil dari MOPI untuk menyertai MDA-Industry Collaborative Committee (MICC) sebagai satu wadah perbincangan antara MDA dan pihak industri peranti perubatan. Sesi dialog ini dilihat berjaya mencapai satu titik persefahaman dan persetujuan.

Sebagai badan yang diberi tanggungjawab dan peranan dalam mengawal selia peranti perubatan, MDA mengambil kira pandangan dari pelbagai pihak bagi memastikan kawal selia peranti perubatan di Malaysia dibuat dengan teliti dan harmoni bagi menjamin kualiti keselamatan dan prestasi peranti perubatan yang berkenaan.

Diselaras dan Disediakan oleh,

Cawangan Fasilitasi Industri, MDA.

WhatsApp Image 2022 12 28 at 4.07.52 PM 5WhatsApp Image 2022 12 28 at 4.07.52 PMWhatsApp Image 2022 12 28 at 4.07.52 PM 4WhatsApp Image 2022 12 28 at 4.07.52 PM 1WhatsApp Image 2022 12 28 at 4.07.52 PM 3WhatsApp Image 2022 12 28 at 4.07.52 PM 2