8 Februari 2023 – Pemeriksaan Pengawasan Pasaran telah diadakan di sekitar Puncak Alam, Selangor. Tujuan pemeriksaan ini diadakan adalah untuk memantau kepatuhan peranti perubatan yang berada dalam pasaran disamping memupuk kesedaran awam terhadap tanggungjawab pengguna serta peruncit dalam memastikan kepatuhan sesuatu peranti perubatan.

Antara peranti perubatan yang disemak adalah Kit Ujian Covid-19, Alat Pengukur Tekanan Darah, Glukometer, Kondom, Peti Pertolongan Cemas, Sarung Tangan Pemeriksaan, Pelitup Muka, Termometer, dan lain-lain. Sebanyak 6 premis telah diperiksa dan 4 daripadanya didapati gagal memenuhi keperluan Akta 737. Tindakan yang sewajarnya telah diambil terhadap premis-premis tersebut.

Sehubungan dengan itu, orang awam dinasihati untuk lebih peka dengan memastikan peranti perubatan yang hendak dibeli adalah berdaftar. Semakan pendaftaran peranti perubatan boleh disemak melalui pautan yang berikut: https://mdar.mda.gov.my/

Penulis: Kamal Hanafi Bin Mohd Nazir

12

34