13 – 16 Februari 2023 – Mesyuarat Global Harmonization Working Party (GHWP) kali ke-26 yang dipengerusikan oleh Encik Ali M. Al-Dalaan (SFDA, Arab Saudi) dan Mesyuarat GHWP Technical Committee (GHWPTC) yang dipengerusikan oleh Puan Salbiah Bt Yaakop (MDA, Malaysia) telah diadakan secara fizikal di Crowne Plaza RDC Hotel & Convention, Riyadh, Arab Saudi. Keanggotaan GHWP kali ini adalah sebanyak 33 negara keahlian, termasuklah Malaysia, dan mesyuarat tersebut telah dihadiri daripada pelbagai pakar-pakar daripada badan pihak berkuasa dan industri peranti perubatan. Malaysia melalui MDA telah diketuai oleh Puan Salbiah Bt Yaakop dan mesyuarat ini juga turut dihadiri pegawai-pegawai yang berkaitan.

Terdapat sesi-sesi teknikal berkaitan peranti perubatan telah dikongsikan bersama seperti  ‘Regulatory Agility and Reliance’, ‘Digital Health’, ‘Standards’, ‘New Innovation’ dan ‘Capacity Building’. Di samping itu, pegawai-pegawai MDA juga bergiat aktif dalam sesi-sesi tersebut selaku ahli panel, penceramah dan juga pembentang.

Antara laporan Mesyuarat GHWP kali ini ialah pengemaskinian laporan GHWP, GHWPTC, IMDRF, APEC Harmonization Centre (AHC), ASEAN, Liaison Member dan beberapa pengesahan telah dilaksanakan. Resolusi-resolusi penting yang telah dipersetujui sewaktu mesyuarat ialah pengesahan ‘GHWP Strategic Framework towards 2026’, ‘White Paper – Medical Device Regulatory Authorities Training Curiculum’, ‘Categorisation of Changes to a Registered Medical Device’, ‘Medical Gas System – Essential Principles of Safety and Performance – Standards for Demonstrating Compliance’, keahlian Jepun di dalam GHWP dan pengesahan undian jawatankuasa-jawatankuasa di peringkat GHWP.

Undian bagi jawatan Pengerusi GHWP baru telah dimenangi oleh Dr. Xu Jinghe (China) manakala Naib Pengerusi baru ialah Encik Lupi Trilaksano (Indonesia) dan Ms Eun Hee Cho (Korea). Selain itu, Malaysia telah berjaya memegang jawatan sebagai Pengerusi GHWP WG 8 (Standard), Naib Pengerusi GHWP WG 8 dan Naib Pengerusi GHWP WG 5 (Clinical Evidence for Performance and Safety) bagi tempoh 3 tahun. Sekalung tahniah diucapkan kepada pemegang-pemegang jawatankuasa bagi penggal baru dan adalah diharapkan MDA terus bergiat aktif di peringkat antarabangsa.

Penulis: Muhammad Marwan Bin Anoor

WhatsApp Image 2023 02 19 at 10.43.26 PMWhatsApp Image 2023 02 19 at 10.48.17 PMWhatsApp Image 2023 02 19 at 10.33.02 PM

WhatsApp Image 2023 02 19 at 10.17.31 PM

WhatsApp Image 2023 02 19 at 10.21.30 PMWhatsApp Image 2023 02 19 at 10.24.11 PM

WhatsApp Image 2023 02 19 at 10.45.56 PMWhatsApp Image 2023 02 19 at 10.27.14 PM