21 Februari 2023 - Aktiviti Pemeriksaan Lesen Establismen telah dijalankan di sekitar kawasan Damansara, Selangor untuk memastikan syarikat-syarikat yang telah tamat lesen tidak lagi menjalankan apa-apa aktiviti mengimport, mengeksport atau meletakkan peranti perubatan dalam pasaran, selaras dengan keperluan Seksyen 15 Akta 737.

Sekiranya berlaku pelanggaran Seksyen 15(1), syarikat boleh didenda maksimum sehingga RM200000 atau penjara selama tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

MDA akan terus memantau perkara ini dari semasa ke semasa bagi memastikan kepatuhan terhadap akta ini berterusan.

Penulis: Muhammad Ikhwan Hafiz Bin Zainuddin

123

45