MESYUARAT LIBAT URUS BERSAMA GRAB MALAYSIA

29 April 2024 – Satu sesi libat urus bersama pihak Grab Malaysia telah diadakan oleh Bahagian Pascapasaran dan Penguatkuasaan (BPP), MDA bagi membincangkan isu penjualan dan pengiklanan peranti perubatan tanpa kelulusan daripada MDA melalui platform Grabmart.

Selain itu, sesi ini juga membincangkan kerjasama di antara kedua belah pihak bagi menyekat kandungan yang tidak mematuhi keperluan Akta 737 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Semoga hasil daripada libat urus ini dapat menjadikan Grabmart sebuah platform yang selamat kepada pengguna peranti perubatan di Malaysia.