CAMBODIA, 19-22 AUGUST 2025 - Mesyuarat ASEAN Medical Device Committee (AMDC) kali ke-14 yang dipengerusikan oleh Indonesia, manakala Mesyuarat ASEAN Medical Device Technical Committee (AMDTC) kali ke-16 yang dipengerusikan oleh Brunei telah diadakan di Siem Reap, Cambodia. Negara anggota ASEAN yang telah hadir terdiri daripada Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura dan Vietnam.

Ketua delegasi Malaysia bagi AMDC adalah Dr. Muralitharan Paramasua (Ketua Eksekutif, MDA), manakala bagi AMDTC, delegasi Malaysia diketuai oleh Puan Aidahwaty Bt [email protected] (Pengarah Bahagian Kawalan Pra Pasaran (BKPP)).

Mesyuarat tahunan ini telah membincangkan perkara berkaitan kawalan peranti perubatan di peringkat ASEAN, antaranya termasuk 'Updates on Recent Developments on Economic Integration Initiatives in ASEAN', ‘Development of AMDC Work Plan 2026-2030, 'Report from AMDTC', 'Updates on the Implementation of ASEAN Medical Device Directive (AMDD)', 'Technical assistance and Capacity Building Projects', serta 'Updates on Other International Fora'.

Berkaitan dengan ‘Development of AMDC Work Plan 2026-2030’, mesyuarat juga telah membincangkan perancangan strategik bagi sektor peranti perubatan dalam tempoh 2026-2030, sejajar dengan pengesahan ‘ ACCSQ Sectoral Plan 2026-2030’ di peringkat ACCSQ. Beberapa aktiviti penting telah dikenalpasti di peringkat ACCSQ, termasuk penilaian keberkesanan instrumen tertentu seperti ASEAN Medical Device Directive (AMDD), serta meneroka konsep ‘regulatory reliance’ untuk menyokong penyelarasan pasaran ASEAN selaras dengan ‘WHO Guidelines on Good Reliance Practices’. Malaysia menekankan kepentingan AMDC untuk terus terbuka dalam bekerjasama dengan semua rakan kerjasama luar di bawah rangka kerja ASEAN, serta melaksanakan usaha teliti dalam memilih rakan yang sesuai bagi merealisasikan pelan kerja AMDC tersebut.

Dari aspek pendekatan pengharmonian, terdapat pengesahan pengharmonian sebanyak 45 klasifikasi risiko peranti perubatan, 20 produk dalam kategori ‘borderline’, pengharmonian pelaksanaan AMDD dan pelaksanaan garis panduan ‘Post Market Exchange Information’ yang diketuai Malaysia.

Mesyuarat AMDC ke-15 dan AMDTC ke-18 akan diadakan pada 6-9 Oktober 2026 di Vientiane, Laos. Seterusnya, Malaysia juga telah mengesahkan penganjuran mesyuarat AMDC ke-16 dan AMDTC ke-20 pada 2027 di Pulau Pinang, Malaysia.

 

BHAI_1

 

 

 

BHAI_2

 

 

BHAI_3

 

 

BHAI_4

 

 

Disediakan oleh : Bahagian Hubungan Antarabangsa dan Industri (BHAI)

Dimuatnaik oleh : Bahagian Komunikasi Korporat (BKK)

Tarikh muatnaik : 26 Ogos 2025