PIC_1_12_1_2026

 

Cyberjaya, 8 Januari 2026 – Bahagian Kawalan Pra Pasaran, MDA melalui Unit Iklan telah mengadakan sesi perkongsian amalan dan dialog berkaitan aktiviti pengiklanan bersama-sama Cawangan Kawalan Iklan, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi. Turut hadir adalah wakil daripada Bahagian Hubungan Antarabangsa dan Industri, Bahagian Penguatkuasaan serta Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, MDA.

Sesi ini bertujuan memperkukuh kefahaman mengenai keperluan dan proses kelulusan pengiklanan antara MDA dan Lembaga Iklan Ubat. Melalui perbincangan ini juga, kedua-dua pihak berkongsi maklumat berkenaan proses kelulusan, pendekatan kawal selia serta membincangkan isu dan cabaran semasa. Sesi seumpama ini diharap dapat memperluas kerjasama bagi memastikan pengiklanan peranti perubatan dilaksanakan selaras dengan peruntukan perundangan serta garis panduan sedia ada.

 

 

Disediakan oleh : Bahagian Kawalan Pra Pasaran (Unit Iklan)

Dimuatnaik oleh : Bahagian Komunikasi Korporat 

Tarikh muatnaik : 12 Januari 2026