12 Oktober 2021 – Satu mesyuarat libat urus bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Malaysia Airports Holding Berhad (MAHD) bagi menjalankan pemeriksaan tapak (site visit) di gudang-gudang Cargo Terminal Operator (CTO) di KLIA.

Mesyuarat tersebut diadakan bagi membincangkan isu yang berkaitan dengan pengimportan peranti perubatan dan meneroka jalinan kerjasama antara PBPP, Kastam, MAHB dan Cargo Terminal Operator. 

Selain dari itu, lawatan tapak juga telah diadakan supaya PBPP dapat memahami dengan lebih jelas berkenaan dengan aliran kerja pihak Cargo Terminal Operator (CTO) dalam mengendalikan barangan yang diimport masuk ke Malaysia.

 

010203

040506