25 Disember 2021 – Baru-baru ini Medical Device Authority Club (MeDAC) telah berkunjung ke rumah Puan Raja Norzahrina Binti Raja Abd Rahman di Sungai Buloh bagi membantu untuk membersihkan rumah yang terjejas oleh banjir.

Puan Raja Norzahrina merupakan salah seorang daripada pegawai MDA yang turut terkesan dengan bencana ini. Pihak MDA ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh sukarelawan MeDAC yang telah bertungkus-lumus untuk membantu menguruskan kerja-kerja pembersihan di rumah Puan Raja Norzahrina.

Semoga Puan Raja Norzahrina terus cekal menghadapi ujian dan sentiasa dipermudahkan segala urusan khususnya dalam menghadapi pasca banjir ini.

 

61

819

2325