25 Januari 2022 | Suatu sesi taklimat dan pengenalan Panel Peguam telah diadakan oleh Unit Undang-Undang MDA bertempat di Pejabat Utama MDA Cyberjaya bagi memperkenalkan Panel-Panel Peguam kepada Tuan Ketua Eksekutif.

Panel-Panel Peguam ini  telah dilantik bagi menjaga reputasi MDA selaku Badan Regulatori yang sentiasa terdedah kepada ancaman tindakan perundangan dalam melakukan tugas serta penguatkuasaan.

Sesi ini juga adalah bagi menjelaskan misi dan visi MDA selaku Badan Regulatori Peranti Perubatan dan menjelaskan sedikit sebanyak isu perundangan yang berlaku di MDA untuk memberikan gambaran yang lebih jelas kepada Panel-Panel yang baru dilantik.

Pihak Berkuasa Peranti Perubatan mengucapkan tahniah kepada Panel-Panel Peguam yang dilantik dan selamat bekerjasama.

DSC 0005DSC 0008

DSC 0001DSC 0004

photo 2022 01 28 12 31 36

photo 2022 01 28 12 31 50