25 Februari 2022 - PIhak Berkuasa Peranti Perubatan (PBPP) telah mengadakan Majlis Perasmian Pelan Anti rasuah Organisasi (Organizational Anti-Corruption Plan-OACP) PBPP Tahun 2022 - 2026 bertempat di Bilik Seminar PBPP, Bangunan Prima 9, Cyberjaya. Majlis ini telah disempurnakan dan dirasmikan oleh Ketua Eksekutif PBPP, YBrs. En. Ahmad Shariff bin Hambali dan turut dihadiri oleh wakil daripada Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM, Tn. Shani bin Mandu.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengarah-Pengarah Bahagian, Ketua Cawangan dan Ketua Unit PBPP. Antara objektif utama Pelan OACP ini dibangunkan adalah untuk menangani isu dan permasalahan rasuah, pegawai tadbir urus dan integriti dalam organisasi.

Satu taklimat ringkas berkaitan Pelan OACP ini telah disampaikan oleh Unit Integriti sejurus selesai majlis perasmian bagi tujuan memberi kefahaman dan penerangan berkaitan perlaksanaan pelan tersebut kepada para tetamu yang hadir.

Pelan ini telah dibangunkan oleh Jawatankuasa Pembangunan Pelan OACP PBPP dan turut disokong oleh Pengurusan Tertinggi PBPP termasuklah barisan Pengarah- pengarah Bahagian dan Ketua-Ketua Cawangan/Unit.

 

IMG 4300 EDITEDIMG 4303 EDITED

IMG 4313 EDITEDIMG 4284 EDITED

IMG 4272 EDITEDIMG 4268 EDITED

IMG 4260 EDITEDIMG 4259 EDITED