Unit Integriti PBPP telah menganjurkan Kursus Pemahaman Tatatertib & Disiplin Pegawai Awam PBPP pada 28 Februari 2022 (Isnin) bertempat di Bilik Seminar 1, Prima 9, Cyberjaya. Kursus sehari ini telah disampaikan oleh Tenaga Penceramah jemputan daripada Lembaga Getah Malaysia, Pn. Sriyati (Ketua Unit Integriti) & En. Mohd Firdaus (Pegawai Integriti).

Antara tujuan utama kursus ini diadakan adalah bertujuan untuk memberikan kefahaman kepada semua pekhidmat PBPP berkaitan tatatertib dan kepentingan disiplin kepada semua warga PBPP disamping meningkatkan integriti dan disiplin pegawai dan kakitangan untuk bekerja dengan lebih berintegriti dan profesional.

Kursus ini telah dihadiri oleh semua pekhidmat PBPP yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan keseluruhannya. Diharapkan dengan penglibatan para pegawai dan kakitangan PBPP dalam program kursus seperti ini dapat memberikan pendedahan dan kefahaman kepada warga MDA akan kepentingan disiplin dan mengelakkan diri daripada pelanggaran tatatertib.

 

IMG 4324 EDITEDIMG 4323 EDITED

IMG 4328 EDITEDIMG 4330 EDITED

IMG 4332 EDITEDIMG 4333 EDITED

IMG 4336 EDITEDIMG 4343 EDITED