18 Mac 2022 – Satu perbincangan antara MDA dan Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa (BDHA), KKM, telah diadakan secara atas talian bagi membincangkan kerjasama antara Malaysia dan Jepun dalam bidang peranti perubatan.

Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Puan Salbiah Bt Yaakop, Pengarah Bahagian Dasar, Hubungan Antarabangsa dan Fasilitasi Industri, MDA dan turut dihadiri oleh pegawai - pegawai dari MDA yang terdiri dari Bahagian Dasar, Hubungan Antarabangsa dan Fasiliti Industri dan Unit Undang-Undang.

Tujuan utama perbincangan ini diadakan adalah untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kerjasama yang telah dijalinkan antara MOH Malaysia dan MHLW Jepun yang telah ditandatangani pada 2017 dan seterusnya untuk membuat penyelarasan kerjasama antara MDA (Malaysia) dan PMDA, MHLW (Jepun) dalam bidang peranti perubatan. Selain itu, kerjasama MOH Malaysia dan negara Filipina berkaitan bidang peranti perubatan juga turut dibincangkan melalui perbincangan ini.

 

21