26 - 27 April 2022 - Mesyuarat ASEAN Medical Device Technical Committee (AMDTC) kali ke-9 telah diadakan secara atas talian di antara negara - negara ASEAN yang terdiri daripada Brunei, Cambodia, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Philippines, Singapore, Thailand dan Vietnam. Mesyuarat ini merupakan program tahunan yang melibatkan Pihak Berkuasa dari negara - negara ASEAN untuk membincangkan perkara berkaitan peranti perubatan bagi tujuan pengharmonian di peringkat ASEAN.

Melalui mesyuarat yang diadakan ini, Delegasi Malaysia dari Medical Device Authority (MDA) diketuai oleh Puan Salbiah Bt Yaakop dan turut hadir adalah pegawai - pegawai dari Bahagian Dasar, Hubungan Antarabangsa & Fasilitasi Industri (DASAR), Bahagian Kawalan Pra Pasaran (BKPP) dan Bahagian Pasca Pasaran & Penguatkuasaan (BPP) bagi membincangkan produk borderline dan pengelasan peranti perubatan. Sebanyak 9 produk borderline dan 32 pengelasan peranti perubatan telah dimuktamadkan melalui mesyuarat ini.

WhatsApp Image 2022 05 12 at 11.03.23 AMWhatsApp Image 2022 05 12 at 11.03.25 AM 1

WhatsApp Image 2022 05 12 at 11.03.23 AM 1WhatsApp Image 2022 05 12 at 11.03.25 AM