TERENGGANU – 8 & 9 Jun 2022 : Pasukan Pemantauan dan Penguatkuasaan MDA dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Terengganu telah mengadakan pemeriksaan bersepadu di sekitar Kuala Terengganu baru-baru ini. Pemeriksaan yang dijalankan adalah bertujuaan untuk memastikan peranti perubatan yang berada di pasaran adalah berdaftar dan memenuhi keperluan regulatori.

Seramai 4 orang pegawai daripada MDA dan 8 orang pegawai daripada KPDNHEP Negeri Terengganu telah bekerjasama dalam pemeriksaan yang diadakan selama 2 hari di premis-premis yang menjual peranti perubatan.

Melalui pemantauan di lokasi tersebut, Pasukan Pemantauan dan Penguatkuasaan MDA telah membuat pemeriksaan yang berfokus kepada peranti perubatan seperti Kit Ujian Kendiri Covid-19, Pelitup Muka Perubatan, Sarung Tangan Pemeriksaan, Pengimbas Suhu dan Oximeter.

Hasil daripada pemeriksaan itu, didapati 5 daripada 16 premis yang diperiksa telah melanggar Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737), di bawah Seksyen 5, iaitu meletakkan Peranti Perubatan yang tidak berdaftar di pasaran. Sehubungan dengan itu, Pasukan Pemantauan dan Penguatkuasaan MDA telah mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas premis-premis tersebut.

Orang awam dinasihatkan agar berhati-hati dalam pembelian peranti perubatan yang dijual dipasaran. Sila pastikan peranti yang dibeli adalah yang berdaftar dengan MDA. Hal ini bagi memastikan peranti perubatan tersebut selamat digunakan secara efektif dan tidak memudaratkan kesihatan.

WhatsApp Image 2022 06 13 at 8.52.47 AMWhatsApp Image 2022 06 13 at 8.50.20 AMWhatsApp Image 2022 06 13 at 8.53.18 AM

WhatsApp Image 2022 06 13 at 8.54.55 AM 1WhatsApp Image 2022 06 13 at 8.54.55 AMWhatsApp Image 2022 06 13 at 8.54.56 AM 1