22 JULAI 2022 - Majlis bacaan Yasin dan Al Kahfi anjuran Medical Device Authority Club (MeDAC) telah berlangsung di bilik Meranti pada 22 Julai 2022 (Jumaat), jam 8.30 pagi.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengajak seluruh warga Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) bermunajat dan memohon kerahmatan serta perlindungan dari Allah SWT agar dipelihara, dilindungi dan dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi penularan endemik Covid-19 yang masih melanda negara pada hari ini.

Semoga doa dan bacaan Yasin tersebut dapat diangkat sebagai amal soleh dan juga tanda kita bersyukur serta bersabar atas apa jua ketentuan Allah SWT dalam menjalani fasa endemik ini.

 

IMG 8239IMG 8241IMG 8257IMG 8260IMG 8265IMG 8299IMG 8286IMG 8291